tetiba rasa sedih jer
kenapa agaknya?
__________________________________________________
semalam, dok layan fb, jumpa satu update dari koleksi printscreen Ustaz Azhar Idrus, soalannya ialah berkaitan mimpi orang melamar.
Jawapan yang ustaz bagi (mungkin bersifat humourous jer) ialah mungkin akan menakhiri zaman bujang tak lama lagi.
Hoho, aku terfikir dan berfikir balik mengenai mimpi yang pernah aku mimpi dulu... hehe... probability tinggi mainan tido jer tu :P
Papepun, bila dah berumur menghampiri lewat 20-an ni, selalu jer ditanya soalan-soalan 'cepumas' yang tetap jugak tak bernilai emas, hehe
Boleh agak la kan apa soalan nya... cuma jawapan jer la yang susah nak agak... kalau mood ok, selalunya masih boleh bergurau-gurau, kalau mood tengah bad mau nye ditelan penuh kepahitan...
bukanlah tak yakin dengan ketentuan Allah, cuma pasti ada sekelumit rasa sedih setiap kali berdepan dengan persoalan dan isu yang sama.. apabila mendapat tahu seorang demi seorang kawan sebaya telah memasuki alam perkahwinan atau memberikan khabar bakal mengakhiri zaman bujang...
Menanti masanya tiba memang menyiksakan dan menyesakkan... tetapi ia mengajar diri kita untuk bersedia dan membuat persediaan, kerana alam rumah tangga bukanlah hanya mimpi indah semata-mata.
No comments:
Post a Comment