Tuesday, 22 May 2012

Sedih... tapi itu hakikat

Sering saja hati ini terdetik dengan rasa sedih dan pengharapan setiap kali melihat gambar-gambar perkahwinan rakan-rakan, lantas hati bertanya 'bilakah akan tiba saatnya?'

Bila melihat gambar2 perkahwinan, seperti ada sembilu yang menusuk tangkai jantung, ngilu rasanya... rasa mahu menangis pun ada.



Rasanya, andai hati ini belum disapa rasa cinta pada mana2 manusia yang bergelar lelaki yang bisa menjadi bakal peneman hidup, mungkin tidak akan terasa sangat, paling2 rasa geram jer. Tapi lain kisahnya apabila hati ini pernah membuka ruang untuk menyayangi seorang lelaki.

Apatah lagi, rasa sayang itu terpaksa dipendam kerana ia tidak mungkin berbalas.

Sedih... tapi itulah hakikat.
Pedih... tapi realiti itu yang harus ditelan.

Ya Allah, tabahkan lah hatiku, pudarkan rasa sayang itu andai belum masanya, tambahkan rasa kasihku padaMu dan kekasihMu agar aku dapat mencari ketenangan dan keredhaanMu..

No comments:

Post a Comment