Semalam tengok satu rancangan cari jodoh dari China kat NTV7, huhu macam2 hal...
tak kisah lah semua tu, tapi satu hal yang aku dapat dari situ ialah... pasal keserasian sikap dan pemikiran... mungkin juga ia tak begitu penting, tapirasanya ia adalah sesuatu yang penting bila dah berumah tangga... betulkah?
Logiknya, bila kita bekerja dalam satu ofis, kalau kita serasi dan 'satu kepala' dengan seorang kawan tu, kita akan lebih selesa bekerjasama dengannya berbanding dengan orang yang tak 'sekepala' yang pendiam, betul kan?
So, realitinya, keserasian sikap dan pemikiran tu amat penting untuk komunikasi yang merupakan antara tunggak penting dalam sesebuah perhubungan, right?
Okay, seterusnya aku terfikir antara aku dan dia, ada atau tidak keserasian itu?
Kalau dilihat dari zahirnya, mungkin dia dan sesiapa jer yang lihat akan kata 'TAK ADA'... huhu parah!
Tapi, perlu dijelaskan di sini, persepsi kita terhadap sesuatu perkara tu ada masanya tak benar kerana kita tak cukup memahami perkara tersebut... ;p
First, dari segi sikap... aku ditarbiah untuk menjaga diri, harga diri dan maruah diri sebagai wanita melalui malu. Ok, memang aku ni jenis pendiam, tak banyak cakap, tak suka bercakap tapi aku hanya pendiam dengan orang yang aku tak kenal, tak banyak cakap hal yang aku rasa tak penting, dan tak suka bercakap dengan perkara yang 'personal' dengan orang2 tertentu terutamanya kawan2 lelaki.
Jadi itu bukanlah bermaksud aku ni seorang yang membosankan :'( huhu mungkin jugak sebenarnya... but to defend myself... aku sebenarnya jenis yang 'close', aku susah nak open up dengan orang terutama yang aku baru kenal. Selalunya aku ambil masa untuk kenal seseorang tu dulu, dan proses tu mungkin ambil masa yang lama, mungkin juga sekejap depend pada orang tersebut.
Kalau dia jenis yang 'open' dan ramah, sempoi jer, aku pun okay jer.
Kalau dia pun jenis yang 'close', tak berapa nak cerita hal diri sendiri, then aku pun payah nak buka mulut pasal diri sendiri.
Berbalik pada hal keserasian sikap dan pemikiran, aku cuma nak tegaskan, first impression dan perception kita tentang seseorang tu tak boleh dijadikan kayu ukur kerana mungkin orang tu jenis yang macam aku, tak 'open' sangat dengan lelaki...
kalau diukur macam tu tak adillah bagi orang2 perempuan yang insyaAllah masih ada malu yang menjaga harga diri dan maruah diri mereka, betul tak?
No comments:
Post a Comment