Monday, 9 September 2013

Surat buat awak yang disayangi...



Buat awak yang disayangi
Sayang saya pada awak sebagai sahabat; Jadinya saya sering mengingati segala nasihat.

Awak, kehadiran awak dalam hidup saya adalah antara satu rahmat Allah buat saya. Mungkin awak tidak percaya tapi itulah yang saya rasakan. Nasihat dan kata-kata awak banyak memberikan saya motivasi dan peluang untuk saya memikirkan kembali tindakan saya.

Tapi tanpa saya sedar kehadiran awak adalah ujian buat saya juga.

Maafkan saya...

Saya minta maaf awak,
Ø  Kerana saya tidak perfect
Ø  Maafkan saya kerana mengganggu hidup awak
Ø  Maafkan saya kerana walaupun saya cuba memahami awak, saya tidak mampu memahami kesibukan dan kesulitan awak

Wednesday, 5 June 2013

aku tewas...tapi masih belum mengalah

perlahan, aku belajar erti pahitnya penantian...
penatnya menunggu dan berharap

aku akui aku tewas
tapi aku masih belum mahu mengalah
kerana aku masih belum mampu membuang rasa sayang dalam hatiku
aku masih belum bisa melepaskan rasa cinta
rasa rindu itu masih menjenguk setiap masa

aku tidak mahu berterusan kecewa
aku ingin membuka ruang hatiku buat dia
tetapi rinduku masih untukmu
sayangku masih buatmu

Wednesday, 6 February 2013

Haruskah setia

Aku teguh mempertahankan rasa sayang
biarpun luka di hati ini tidak berhenti berdarah

Aku mohon sedikit pengertian
agar kamu biasa memahami
dan menghargai kesetiaan

agar aku tidak mengalah dengan kedukaan
dan akhirnya melepaskan segala perasaan...

_____________________________