“Dah ada boipren?”
“Bila nak kahwin?”
Mana-mana jer, soalan ni sering ditanya pada aku. Biasa la kan kalu dah umur 20-an, memang dah layak sangat untuk kahwin. Tapi soalan ni tetap tak digemari oleh ramai wanita single yang dah capai umur 25-an, termasuk aku.
Single dan available.
Kalu dulu biasa jer nak elak soalan ni… masih study… tapi sekarang, huhu…
Bila bercakap soal kahwin, banyak benda kena difikirkan dan diconsider. Antaranya, calon.
Bukan senang nak cari calon. Dengan sikap aku yang agak introvert lagi la rasa cam susah jer nak kenal lelaki. Kalu ada pun, masih ada banyak benda nak kena consider. Ok ke tak, serasi ke tak, ada ‘feel’ ke tak bila bersama, dan yang paling penting, dapat ke dia jadi pelindung dan pembimbing diri.
Kalu sekadar nak dapatkan title dan status sebagai 'isteri' atau 'suami', senang jer… tapi mampukah kekalkan status tu bersama sehingga akhir hayat dalam rumah tangga yang diberkati, itu persoalan yang sangat perlu dititik beratkan, namun ramai yang tak memikirkan atau mungkin tidak terlalu ambil berat mengenainya.
Rumah tangga yang insyaAllah diberkati ialah yang bermula asasnya dengan perkenalan yang dijaga dari perkara2 mungkar dan tidak disukainya Allah. Sebab tu aku berusaha untuk menjaga diri aku dan berazam untuk menjaga perhubungan aku dengan mana-mana lelaki yang hadir dalam hidup aku. Namun, pertama kali aku berkenalan dengan seorang lelaki, aku hampir tewas. Itulah perkara yang paling aku terkilan dan sedih.
Namun Alhamdulillah, Allah masih sayang aku dan berikan aku hidayah. Dan sememangnya aku agak sedih kerana persahabatan yang terbina seperti sudah terputus, namun aku yakin ada hikmah yang masih tersirat disebalik apa yang telah Allah aturkan.
Aku mengharapkan seorang lelaki yang mampu menjadi pelindung diriku dan keluarga serta yang mampu menjadi pembimbing ku menjadi seorang isteri yang solehah dan hamba Allah yang bertakwa. Andai tidak mampu untuk mejadi pembimbingku, sekurang2nya yang boleh mengingatkan aku bahawa aku adalah seorang isteri kepadanya dan hamba kepadaNya dan bersama-sama berusaha memperbaiki diri. Dan walaupun aku menharapkan semua itu dari dirinya, aku juga tahu jika dia bukanlah yang tertulis untukku, aku tidak mungkin juga menjadi miliknya…
Dan berbicara soal jodoh juga, pastinya semua orang yakin dengan janji dan amaran Allah bahawa perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat.
Peribadi bakal pasangan kita ditentukan oleh keperibadian kita sendiri. Oleh itu, berusahalah memperbaiki diri, InsyaAllah, pasangan kita nanti adalah dari golongan mereka yang sentiasa berusaha memperbaiki diri juga.
Biarlah andai lambat sekalipun, jangan sampai kita merendahkan martabat diri kita sendiri hanya sekadar untuk meletakkan nokhtah pada persoalan-persoalan yang tidak kita gemari.
Ya Allah, Kau lindungilah kami dari tipu daya syaitan ke atas diri kami yang lemah ini.
Biarlah andai lambat sekalipun, jangan sampai kita merendahkan martabat diri kita sendiri hanya sekadar untuk meletakkan nokhtah pada persoalan-persoalan yang tidak kita gemari.
Ya Allah, Kau lindungilah kami dari tipu daya syaitan ke atas diri kami yang lemah ini.
No comments:
Post a Comment