Friday, 2 March 2012

JARAK yang menyelamatkan

Pagi tadi macam biasa masuk opis, first sekali on computer pastu log in fb.
Antara update yang menarik perhatian aku ialah... mengenai JARAK

JARAK apa ye??

Masa aku baca tajuk - sayangnya aku dah tak ingat tajuknye, huhu- perkara pertama yang terlintas di fikiran aku adalah, 'itulah sangkaan baik aku terhadap apa yang tersirat disebalik apa yang terjadi antara aku dan dia'. Aku tak pernah lupa akan sangkaan baik itu, cuma... semakin lama semakin sukar untuk aku meyakinkan diri aku sendiri...



Jarak yang terpisah... adalah cara Allah pelihara diri aku, dan dirinya daripada kemaksiatan dan dosa.

Sejak awal perkenalan kami sebenarnya aku amat takut andai aku jatuh cinta, aku akan makin hanyut dengan 'keseronokan' perasaan yang tak pernah aku rasakan sebelumnya. Aku amat takut, jika aku akan kalah kepada bisikan syaitan dan godaan nafsu sehingga aku lemas dalam 'keindahan' cinta. Aku amat takut jika aku tidak mampu untuk terus menjaga diriku sehingga martabatku sebagai wanita jatuh ke tempat paling bawah.

Oleh itu, aku sering memohon agar aku dan dia dipelihara daripada segala bentuk kemaksiatan dan dosa dan juga pemula kepada dosa dan maksiat tersebut -keluar berdua-duaan tanpa mahram.

Aku yakin Allah ingin pelihara aku, dan dirinya, kerana itu Allah pisahkan kami dengan 'jarak' yang sangat 'jauh'.

Biarpun pada awalnya, rindu itu sangat pedih dirasakan namun Alhamdulillah, Allah menolong hambanya, asal saja kita ikhlas sesungguh hati memohon pertolongannya.

Biarlah jarak memisahkan antara kau dan aku, jika kita ada jodoh, pastilah akan disatukan jua apabila tiba saatnya.

No comments:

Post a Comment