Saturday, 4 February 2012

Ungkapkan jawapan bagiku

Persoalannya...
adakah aku masih ada tempat dalam hatinya seperti yang pernah diungkapkan kepadaku?
adakah dia masih ada masa untukku sepertimana yang pernah dinyatakan padaku?
adakah aku masih lagi memegang status sebagai sahabatnya sebagaimana yang pernah dikhabarkan kepadaku?


Aku jadi keliru...
adakah aku istimewa di hatinya?

Aku terkilan
Jika dulu dia amat baik terhadapku, dan kini dia melupakan aku hanya kerana aku menyatakan jangan memanggilku sayang.

Aku kecewa
Jika dulu dia sentiasa mengambil berat tapi kini langsung tiada khabar berita umpama dia tidak pernah mengenali aku.

Aku sedih
Jika dulu dia suka menyatakan rindu dan sayang, tapi kini dia menjauhi aku hanya kerana aku menyatakan aku tidak mahukan rindu dan sayang tersebut membuatkan aku hilang maruah.

Maafkan aku jika kau terluka, bukan niatku melukaimu... aku hanya ingin kau tahu, cinta yang sebenar takkan membuatkan kita leka dengan keindahan sementara yang palsu.

Cinta yang benar adalah yang membawa cinta itu ke syurga Allah.

No comments:

Post a Comment