Saturday, 11 February 2012

Aku dan egoku... dia?

Seorang sahabat kata, 'hang pun ego jugak...' bila kitorang berbual mengenai satu perkara yang agak mengganggu fikiran aku.

Kata-kata tu buat aku tersedar... selama ni, mungkin aku tak pernah tunjukkan yang aku ambil berat sebenarnya... mungkin juga perbuatan dan kata-kata tidak cukup untuk menzahirkan bahawa aku mengambil berat...atau aku sememangnya ego untuk menunjukkan yang aku sentiasa peduli...
I care but maybe it's not showed by my action...


Aku seperti baru tersedar yang itulah sikap aku selama ni. Tak kira dengan siapapun, walaupun aku mengambil berat tentang orang tersebut aku jarang menunjukkan melalui perlakuan aku. Dalam hati, aku sering tertanya-tanya, merindui dan menyayangi, tapi sikap yang dizahirkan tidak mencukupi untuk menyakinkan mereka yang aku peduli tentang mereka.

Mungkin sukar untuk aku mengubah sikap itu secara mendadak tapi aku akan cuba menzahirkan melalui perbuatan dan kata-kata agar lebih jelas perasaan aku terhadap mereka.

Berbalik pada persoalan yang mengganggu fikiran aku, mungkin aku ego, tapi sikapnya juga yang membuatkan aku berada dipersimpangan... jika aku ego, apa yang patut aku labelkan dia? huhu...

No comments:

Post a Comment