Aku tahu aku harus melepaskannya, perasaan sayang dari hatiku, namun bukan mudah untuk melupakannya. Walau sayang itu hanya seketika namun ianya sudah bertakhta di hati dan sukar bagiku untuk menyimpannya jauh di sudut hati.
Pengakuan yang dilafazkan padaku, entah jujur atau gurauan, tapi aku jujur menyayanginya. Jika dia mahukan masa untuk mengubah kelemahan dan masa lampaunya, aku sudi memberinya ruang dan masa, tetapi aku betul tidak mengharapkan persahabatan ini terputus di sini.
Aku ingin mengetahui jujur hatinya, apa yang dirasakan terhadap aku tapi ia tidak mungkin terjadi jika dia yang merasakan dirinya telah menipu diriku.
Memang aku terkejut dengan pengakuan rahsia nya itu, tetapi aku lebih dulu mengerti aku tidak membayangkannya sesempurna manusia. Nobody's perfect, aku juga tidak semulia wanita yang dibayangkan. Jadi aku tak mengerti mengapa dia perlu menjauhkan diri dariku.
Dan kini...
Bila aku tidak lagi mengharapkan dirinya... aku gembira.
Dia masih seperti dulu, masih menghubungi ku, dan menganggapku sebagai seorang sahabat.
Aku rasa lebih lega kerana dia tidak menjauhkan dirinya daripadaku. Ia membuatkan ku kini dapat menghargainya sebagai seorang sahabat tanpa melukakan hatiku sendiri kerana aku masih menyukainya.
Aku harap dia bahagia sebagaimana aku kini lebih gembira.
No comments:
Post a Comment