Monday, 16 January 2012

kenapa sukar untuk berubah?

Kehadapan sahabatku xxxx,

Mesti awak pelik kenapa tetiba dapat surat dari saya...

Tujuan surat ini adalah untuk meluahkan rasa hati saya... hehe, x de lah... saya cuma nak bagitau beberapa perkara yang x berkesempatan untuk saya nyatakan.. saya ni jenis yang suka fikir dan atur ayat bila saya nak cakap something, coz saya x suka buat org terasa dengan saya, sbb tu kengkadang memang x terluahkan apa yang saya nak cakap, alih2 saya diam jer... itu sebabnya saya sometimes suka guna tulisan. Lg satu dlm sms terhad juga apa yang boleh ditaipkan...

Beberapa perkara tu berkaitan dengan soalan awak kenapa susah nak berubah. Walaupun saya dah reply kat awak tapi ada beberapa perkara lagi saya nak nyatakan... awak mungkin dah tahu tapi apa salahnya kita saling mengingatkan, ye tak?

Detik hati kita bila kita rasa 'aku nak berubah' sebenarnya adalah hidayah Allah, syukurlah apabila masih ada rasa yang mendetik di hati kita untuk berubah ke arah kebaikan.

Kenapa nak berubah susah? sbb kita adalah hamba Allah, Allah nak uji keikhlasan kita untuk berubah dan usaha kita di samping kebergantungan kita kepadaNya.

Niat nak berubah mesti ikhlas kerana Allah. Mungkin terdetiknya rasa nak berubah disebabkan oleh sesuatu perkara, tapi kena ingat itu pun adalah hidayah Allah, sbb Allah sayangkan kita, dia nak kita jadi baik, oleh itu ikhlaskan niat untuk berubah kerana Allah.

Yang kedua, usaha. Perubahan yang drastik tapi tak konsisten adalah langkah untuk berubah yang sangat rapuh. Perubahan yang insyaAllah akan kekal adalah yang sedikit tetapi istiqamah. Biar berubah sikit demi sedikit tapi perubahan tu berterusan. Bila kita tak terasa terbeban dengan perubahan tu, kita akan rasa lebih gembira dengan perubahan kita.

Yang ketiga, doa. Allah adalah pemilik hati dan diri kita. Dia juga adalah pemilik hidayah yang diberi kepada kita. Allah maha berkuasa ke atas segala sesuatu, kalau Dia mengkehendakkan sesuatu, pasti akan berlaku. Jadi jangan putus harapan, minta lah pada Allah. Mohon di beri ketetapan hati untuk menelusuri jalan kebaikan, dimudahkan Allah untuk berbuat kebaikan dan tidak diputuskan hidayahNya kepada diri kita. InsyaAllah, Allah akan permudahkan niat dan usaha kita untuk berubah.

Satu lagi berkaitan doa... Doa seorang ayah untuk anaknya insyaAllah, sangat mustajab. Awak mintalah pada ibibapa aak untuk doakan awak. Bukan sahaja ibubapa, minta juga sahabat2 awak doakan awak berubah ke arah kebaikan dan menjadi hamba yang soleh. InsyaAllah, mungkin ada di antara doa mereka yang Allah makbuklan. Kita tak tahu doa siapa yang Allah akan perkenankan...

Dan yang lebih penting... kita kena muhasabah balik kenapa solat kita x dpt mencegah kita dari kemungkaran... sbb Allah dah berfirman dalam surah AL-Ankabut ayat 45 "Sesungguhnya solat akan mencegah dari perbuatan keji dan mungkar..."

Awak, kalau kita berusaha untuk berubah, tapi kita ego untuk meletakkan diri kita di tempat yang paling hina di sisi Allah, awak rasa ALlah akan mengasihani kita ke... Allah akan tolong kita ke? Saya juga sedang merintis jalan untuk berubah... semoga Allah berikan awak dan diri saya kekuatan dan ketetapan hati dalam mencari keredhaanNya. Doakan saya ye awak...

Ikhlas dari saya.
(31.12.2011)

No comments:

Post a Comment