Cliche giler tajuk, hehe
Okay, rasanya sume orang dapat agak, entry ni akan berkisar tentang apa... hati, perasaan dan cinta... ye betul!
Apa jadi bila hati dah terpaut pada first time jumpa?
Kisah ni tak seindah cinta pandang pertama, tapi tetap hati terpaut bila telah mula mengenali.
Jujur, aku tak biasa dengan lelaki. Aku jenis pendiam, tak banyak cakap, berahsia, selalu fikir 10 kali sebelum aku cakap something yang libatkan perasaan, sbb aku jenis yang jaga hati orang lain, tapi ini first time aku tertarik dengan seorang lelaki yang charming bukan dari segi wajah dan fizikal, tapi kerana kata-kata dan pandangan nya terhadap kehidupan.
Aku kenal dia belum pun sebulan tapi macam dah kenal dia dan keluarganya dah lama. Malah perkara yang aku tahu tentang dia lagi banyak dari perkara yang aku tahu tentang kawan2 aku yang dah lama aku kenal. Dia ni jujur, berterus-terang, mempunyai pandangan yang jelas tentang hidup dia, tahu apa yang dia nak, pendek kata seorang lelaki idaman semua wanita, aku tak terkecuali.
Satu benda yang aku respect tentang dia adalah cara dia take care family dia. Hati aku dah mula cair, rasanya cam dia ni perfect untuk aku. Aku bukannya nak cari boyfriend tapi aku nak cari bakal suami. Aku rasa cam aku boleh harapkan dia, tapi... ianya tak seindah impian.
Aku kecewa... bukan dikecewakan!
Kenapa aku kecewa?
Aku kecewa... sebabnya... dia melihat diri aku sebagai wanita 'perfect' yang mungkin langsung tak layak untuk dia.
Dia tak cakap la macam tu tapi aku dapat rasakan macam tu.
Dalam tempoh kami saling mengenali, persepsi dia tentang aku mula berubah dan dia jadi selesa untuk berkongsi kesedihan dan kekecewaan dengan aku. Aku tak kisah malah gembira sebab at least aku tahu aku ada tempat dalam hati dia. Tapi bila dia bagitau satu rahsia pada aku... aku tahu biarpun aku ada tempat dalam hati dia namun ia bukan seperti yang aku harapkan. Ia mungkin special daripada seorang kawan tapi ia tak mungkin jadi special di tahap suri hatinya.
Dia jujur, bagitau aku rahsia tu. Aku hargainya, malah aku tak rasa terbeban pun cuma kesediaan dia bagitau rahsia tu pada aku, buat aku terfikir, siapakah aku dihatinya?
No comments:
Post a Comment