Tuesday, 10 January 2012

Perempuan ajak lelaki kahwin

Perempuan ajak lelaki kahwin

Apa pendapat anda dengan kenyataan di atas? Boleh ke x?
Jawapan... depends pada anda..

Sirah nabi menyaksikan Saidatina Khadijah 'meminang' nabi, jadi x de hal la...

Bila diutarakan pernyataan ini tadi aku teringat satu peristiwa di mana seorang junior aku pernah minta aku dan seorang kawan untuk menjadi orang tengah untuk meluahkan perasaannya kepada seorang muslimin... jadi x timbul perihal perigi mencari timba.


Lagipun zaman sekarang di mana ramai pasangan bercouple, berapa kerat sangat yang betul2 serius untuk berkahwin... dan bila dah berkahwin, berapa ramai pulak yang perkahwinannya kekal? Kes cerai berlambak2 kerana apa? Jawapannya satu jer, bercinta bagai nak rak, tapi kalau dah tertulis itu bukan jodoh, bukan jodoh juga.
Tapi bila dah berkahwin, cubalah jadikan perkahwinan itu jalan mencari keberkatan dan keredhaan Allah, insyaAllah perkahwinan itu kekal...

Berbalik pada topik perempuan ajak lelaki kahwin... ramai yang mungkin tak setuju tapi dalam situasi dimana nisbah lelaki kepada perempuan bukannya 1:1 atau 1:4, bukankah wanita juga perlu bertindak proaktif dan agresif? Okay bunyi nye macam terlalu extreme... tapi itu hakikatnya... bukannya mudah nak cari lelaki yang baik untuk jadi pasangan, so kalu jumpa yang baik, cepat2 la meminangnya...erm.. menyatakan hasrat hati... kalu betul berjodoh, insyaAllah diikat sampai alam perkahwinan...

Bagaimana? Wanita, ada berani?
Apapun diingatkan, jangan main serbu jer, tapi gunakan orang tengah yang boleh dipercayai...
bukan lelaki jer yang perlu berjumpa walimu, tapi x de salahnya kamu menyuruh wakilmu berjumpa dia :)

video share :



memang x de salahnye perigi mencari timba :)

No comments:

Post a Comment