Akhirnya aku telah memberi tahu dia... bahawa
Aku takut tidak mampu menjaga diriku
Aku ingin terus menjaga diriku... aku ingin kembali berubah...
Aku ingin dia faham, keluar bersama berdua-duaan tidak membawa kepada apa2 kebaikan melainkan kemaksiatan dan dosa
Aku tidak mahu dia terus hanyut... aku juga tidak mahu ikut hanyut dalam 'permainan cinta'
Jika dia dapat menerimanya... aku berharap dia bersedia berubah menjadi seorang lelaki yang lebih baik
Andai dia tidak dapat menerimanya... aku hanya mampu berdoa Allah bukakan pintu hatinya untuk memahami pengertian cinta yang sebenar... kerana aku menyayanginya aku tidak ingin perhubungan ini membawa kami ke arah kemaksiatan dan noda2 dosa...
Andai jika dia bukanlah jodoh ku sekalipun, aku juga berharap dia akan menjadi yang terbaik untuk bakal suri hatinya... kerana dia sahabatku dan aku tidak ingin dia terus terjerumus dalam dosa... dan aku hanya mampu doakan dia bertaubat dan teguh hati untuk berubah sepertimana yang pernah dia beritahu aku.
Setelah aku nyatakan pada dia, kami sudah jarang ber sms atau berbual di telefon...
Aku bersangka baik pada dia... dia menghormati pendirian aku dan dia sibuk dengan kerjanya...
Aku juga bersangka baik pada Allah... Allah memelihara aku dari menghampiri ke arah kemaksiatan, kerana itu Allah tidak membenarkan kami terus-terusan keluar bersama atau bersms dan berbual yang sia-sia di telefon.
Ya Allah, peliharalah kami dari kemaksiatan dan dosa. Kuatkan lah aku untuk menjaga diriku... berilah hidayah pada ku dan dirinya dan semoga dia faham niatku kerana aku hanya ingin mempertahankan martabat dan maruahku serta menjauhkan kami dari bibit kemaksiatan dan dosa. Semoga dia juga mengerti akan cinta yang benar adalah cinta yang membawa ke arah syurgaMu... Amin.
No comments:
Post a Comment