Monday, 9 September 2013

Surat buat awak yang disayangi...



Buat awak yang disayangi
Sayang saya pada awak sebagai sahabat; Jadinya saya sering mengingati segala nasihat.

Awak, kehadiran awak dalam hidup saya adalah antara satu rahmat Allah buat saya. Mungkin awak tidak percaya tapi itulah yang saya rasakan. Nasihat dan kata-kata awak banyak memberikan saya motivasi dan peluang untuk saya memikirkan kembali tindakan saya.

Tapi tanpa saya sedar kehadiran awak adalah ujian buat saya juga.

Maafkan saya...

Saya minta maaf awak,
Ø  Kerana saya tidak perfect
Ø  Maafkan saya kerana mengganggu hidup awak
Ø  Maafkan saya kerana walaupun saya cuba memahami awak, saya tidak mampu memahami kesibukan dan kesulitan awak