Wednesday, 16 November 2011

Aku give up... sebabnya...

Aku give up!

Biarlah sebesar mana pun rahsia yang dia ceritakan pada aku, seriously aku tak rasa tertekan pun. Biarlah seberapa teruk pun life dia dulu, aku tak rasa tertipu pun sebab despite dia tu macam prince charming (bukan dari rupa paras tapi gentlemannya dia) aku juga tahu xde manusia yang perfect. Rahsia dia tu tak bother aku pun dan tak juga membuat aku membenci dia, malah aku berharap aku masih boleh berkawan dengan dia.


Nekadnya untuk berubah, walaupun detik hatinya mungkin disebabkan aku, yang penting dia ikhlas nak berubah, aku cuma boleh doakan moga Allah permudahkan jalan bagi dirinya.

Dua minggu aku kenal dia, dah banyak luahan hati dan rahsia yang dikongsi dengan aku. Dari satu segi, aku rasa aku ni istimewa di hati dia, tapi takhta hatinya mungkin bukan milikku. So, aku give up. Aku betul sukakan dia, tapi aku sedar saat ini aku perlu lepaskan dia.

Bila dia luahkan kesedihan dan kekecewaan yang dia pendamkan, aku gembira sebab aku jadi orang pertama dia boleh kongsi masalah dan dia percayakan aku untuk ceritakan semua itu, tapi bila dia bagitau rahsia besar tu, aku tahu aku perlu lupakan perasaan dalam hatiku.

Aku masih fikir kenapa dia ceritakan rahsia tu pada aku. Walaupun dia tak cakap, yang jelas biarpun aku ni special pada dia, tapi masih belum cukup special untuk menjadi suri hatinya.

Dan ungkapan maaf dari dia saat itu merupakan beban paling berat aku rasakan, kerana maaf darinya umpama selamat tinggal terhadap perasaanku.

No comments:

Post a Comment