Aku kagum akan banyak perkara mengenai seorang sahabatku... aku hormati cara dia berfikir, pendirian dan pandangannya tentang hidup, objektif hidup, kerjaya, masa depan, famili... pendek kata semuanya... keterbukaan dan ketenangannya... semua itu membuat aku kagum.
Namun, itu bukan bermakna aku setuju pada semua benda yang diutarakan dan dihujahkan kepada aku... kadang-kadang aku ingin argue point nya, tapi kerana sikap aku yang agak pasif membuatkan aku lebih banyak mendengar dan berfikir kepada diri sendiri... mengambil apa yang baik dan menjadikan sempadan apa yang kurang...
Kami pernah membincangkan mengenai objektif hidup, matlamat jangka panjang dan mencari kerjaya... aku setuju banyak perkara yang diutarakan namun aku dapati pemikiran dan pandangannya agak 'liar'. Ia mungkin masih dibatasi oleh moral namun tidak pada batas syariat... pandangannya agak universal sedangkan pada aku hidup kita mesti dilandaskan kepada hukum syariat... kita akan tersasar jika hidup bukan atas dasar iman dan Islam sebaliknya moral semata-mata. Kerana moral tidak sama dengan akhlak Islam... Asas Iman dan Islam yang kukuh akan membentuk akhlak yang murni dan menjaga diri kita dari tersasar dalam hidup yang penuh dengan godaan dan cabaran.
Aku tidak mahu bersangka buruk pada dirinya kerana aku sendiri tidak berkesempatan untuk memastikan pandangan 'universal' nya di batasi syariat dan iman atau tidak, tetapi berdasarkan apa yang pernah diceritakan padaku, aku berharap masih ada benteng iman dalam dirinya untuk menghalangnya daripada melanggar batas syariat.
Ya Allah, tetapkanlah iman kami agar kami tidak tersasar dari jalanMu. Peliharalah kami dari perkara-perkara yang akan menyesatkan kami. Amin...
No comments:
Post a Comment