Monday, 19 December 2011

Aku mencari jawapan...

Apakah hikamah disebaliknya?

Adakah ia adalah jawapan kepada persoalan hatiku?

Adakah ia bererti dia bukanlah yang terbaik untukku?

Aku memohon YaAllah, Kau berikanlah ku petunjuk...

Aku menyayanginya Ya Allah... aku berharap dia adalah jodoh yang terbaik untukku... namun hanya Engkau yang mengetahui adakah dia adalah pemilik hatiku setelah Engkau dan Rasul-Mu.

Saturday, 10 December 2011

Dia sahabatku dan aku menyayanginya

Seorang sahabat mesti sanggup untuk menasihati walaupun nasihat itu sangat menyakitkan hati sahabatnya... aku bahagia mengenalimu sebagai seorang sahabat.

Kami masih berkawan despite everything that revealed between us, aku masih menganggapnya sebagai seorang kawan yang sangat istimewa. Aku tidak kisah tentang kisahnya as long as dia sanggup berubah dan perubahan itu bukan disebabkan oleh aku tetapi ikhlas dia mahu memperbaiki kekurangannya kerana Allah.


Monday, 5 December 2011

Aku tidak ingin mengharap...

Bila aku nekad untuk tidak terlalu mengharapkannya... aku jadi sangat merinduinya.

Dia masih menghubungiku, bergayut di telefon dan bermesej, seperti biasa. Dua hari lepas, dia menghubungiku dan kami berbual lama di telefon. Seperti biasa pada mulanya topik serius, tentang banjir... Kajang banjir teruk. Dan akhirnya ke perbualan santai dan kasual...