Monday, 5 December 2011

Aku tidak ingin mengharap...

Bila aku nekad untuk tidak terlalu mengharapkannya... aku jadi sangat merinduinya.

Dia masih menghubungiku, bergayut di telefon dan bermesej, seperti biasa. Dua hari lepas, dia menghubungiku dan kami berbual lama di telefon. Seperti biasa pada mulanya topik serius, tentang banjir... Kajang banjir teruk. Dan akhirnya ke perbualan santai dan kasual...

Dia mula memanggilku 'sayang' dan meminta izin untuk memanggilku 'sayang'. Aku tidak mengerti mengapa dia mahu memanggilku sayang dan bila aku bertanya tak pula dia mahu berterus terang kenapa.

Dia memintaku memanggilnya 'abang', bila aku bertanya kenapa, logiknya ialah, dia 26, aku 25, aku kena respek dia... bodohnya alasan. Geram aku dibuatnya, kalau suka katakan suka, kalau ingin serius, berterus terang saja, aku akan berikan peluang untuk ku dan dirinya.

Aku sukakannya tapi aku juga tidak pasti andai perasaan itu benar atau ia adalah kerana dia adalah lelaki pertama yang hadir dalam hidupku, aku tidak mahu terlalu mengharapkannya, tapi jika dia benar sukakanku dan serius untuk mempertimbangkan aku sebagai suri hidupnya aku sudi untuk memberikan diriku dan dirinya peluang itu.

Mahu saja aku jeritkan 'Saya suka awak' tetapi aku menunggu dia menyatakan mengapa dia memanggilku sayang.

Tolonglah berterus terang tentang perasaan mu, jika kamu benar-benar mencintai aku.

No comments:

Post a Comment