Seorang sahabat mesti sanggup untuk menasihati walaupun nasihat itu sangat menyakitkan hati sahabatnya... aku bahagia mengenalimu sebagai seorang sahabat.
Kami masih berkawan despite everything that revealed between us, aku masih menganggapnya sebagai seorang kawan yang sangat istimewa. Aku tidak kisah tentang kisahnya as long as dia sanggup berubah dan perubahan itu bukan disebabkan oleh aku tetapi ikhlas dia mahu memperbaiki kekurangannya kerana Allah.
Apa yang dinasihatkan padaku, aku terima walau sakit hati juga pada awalnya bila aku mendengarnya.
Tapi aku bukan bodoh sombong, aku tahu nilai baik buruk sesuatu perkara. Bak katanya, 'awak baikkan? awak bijak... awak tahu fikir kan?'
Kerana sikapnya yang prihatin itu, aku bertambah menyayanginya... sebagai sahabat yang teristimewa... walau jauh disudut hatiku dan di pengakhiran doa yang sering kupanjatkan, aku memohon "Jika dia adalah jodoh yang terbaik buatku, maka Ya Allah, tautkanlah hatiku dengan hatinya di bawah naungan cinta-Mu..."
No comments:
Post a Comment