Monday, 5 March 2012

Bukan siapa dia tetapi bagaimana aku

Soal jodoh bukanlah SIAPA DIA tetapi BAGAIMANA AKU

Lama aku fikir mengenai ayat ni...

Berapa ramai yang setuju dengan kenyataan ni?

Setelah lama aku fikir dan teliti balik memang betul pun soal jodoh ni bukanlah soal SIAPA DIA...
Sebabnya, sejak kita masih dalam kandungan lagi, sudah tertulis soal jodoh kita, siapakah jodoh kita. Jadi untuk apa difikirkan SIAPA DIA?
Apabila tiba masanya pastilah kita akan disatukan dalam ikatan pernikahan.
Mungkinlah ramai antara kita yang risau, dalam ramai2 orang di sekeliling kita, yang kita kenal, siapa yang benar2 akan jadi jodoh kita... itu perkara yang sering kira risaukan.

Namun, soal yang paling utama sekali ialah... BAGAIMANA AKU

Allah dah janji kalau kita baik, pasangan kita pun baik.

Jadi, bukankah persoalan utama ialah BAGAIMANA AKU? Andai kita membentuk peribadi menjadi yang terbaik, insyaAllah pasangan kita juga adalah yang terbaik.

Berusahalah memperbaiki diri dan membentuk keperibadian yang mulia, insyaAllah di saat itu juga bakal pasanganmu juga sedang membentuk keperibadiaannya untuk menjadi yang terbaik untukmu.

Itulah janji Allah buat diri kita. Oleh itu yakinlah.

Di saat Allah belum membuka pertemuan, janganlah bersedih, kerana janji Allah adalah pasti.

Risaulah jika di saat Allah lorongkan jalan untuk disatukan, kita masih belum menjadi yang terbaik untuk menyempurnakan pasangan yang telah ditentukan untuk kita.

Oleh itu, berusahalah untuk menjadi yang terbaik untuk bakal pasangan kita, dan tidak perlu risau akan siapakah gerangan pemilik hatimu setelah Allah dan Rasul-Nya.

Ya Allah, aku memohon dari kekuatanMu agar aku mampu untuk menjadi hambaMu yang solehah.

No comments:

Post a Comment