Tuesday, 3 April 2012

Ada apa dengan HATI

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud
Sesugguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluruh tubuhnya dan ketahuilah bahawa ia adalah HATI”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ada apa dengan HATI? ----

Setiap apa yang Allah aturkan pastilah ada hikmah yang tersirat disebaliknya. Cuma kita tidak mempunyai pengetahuan mengenainya melainkan Allah lah yang maha Mengetahui setiap perkara yang ghaib dan tersembunyi.

Setelah sekian lama aku cuba sedaya upaya memujuk dan menenangkan hati yang berkocak dan bergolak dengan pelbagai perasaan- sedih, luka, terkilan, geram dan lain-lain- hatiku bergelora kembali.

Aku merasai 'jarak' itu dan 'jarak' itu lah yang memaksa aku mendamaikan badai yang melanda hatiku.

Namun kini aku rasakan aku kembali diuji dengan jarak yang kembali dekat. Aku keliru, dan makin haru dengan gelora yang membadai.

Tapi aku tahu dan mengerti itu lah cara Allah mentarbiah diriku. Aku sedar dan aku perlu yakin hikmah disebaliknya adalah untuk mendidik hatiku agar kembali tunduk kepada Allah.

Sukarnya menjaga hati
Bab hati dan perasaan ni susah nak jangka. Sebab kadang-kadang akal cuba trick kita untuk percaya benda lain tapi hati jugak la sebenarnya yang merasanya dan tak mungkin kita dapat menipu ‘deria’ hati itu.
25 tahun… then, muncul seseorang… HATI dulu yang lebih tahu apa perasaan kita, akal pun gagal mentafsir debaran hati, akal cuba merasionalkan rasa getaran hati, pelbagai andaian dibuat, akal mentafsir, menolak, menidakkan, mengiakan, namun… HATI jugak lah yang tahu apa yang benar-benar dirasa…
Apabila HATi dah suka, tapi akal tak suka macam2 yang cuba dirasionalkan tapi lastly terpaksa terima apa kata hati. Namun, ada masanya akal mengerti benar apa yang dirasakan oleh hati, namun ia tidak mahu menerimanya kerana ia lebih tahu rasa itu hanya akan mendatangkan keburukan berbanding kebaikan, tetapi hati berkeras mengatakan aku adalah RAJA, engkau hanya MENTERI, aku lebih berkuasa. Dan akhirnya kita binasa lantaran rasa kecewa.
Ikut hati, mati. Kerana itu, hati perlukan menterinya untuk menasihati buruk baik sesuatu perkara kerana tak semua yang hati rasa baik untuk kita.

Kita seringkali merajakan HATI, sehingga kita lupa sebenarnya kita hanya HAMBA, yang harus tunduk pada peraturan dan hudud (sempadan) Allah.

Di saat kita merasai nya dengan HATI, rasionalkan lah dengan AKAL, jangan biarkan NAFSU mencampuri dan TUNDUKKAN lah HATI, AKAL dan NAFSU itu pada batasan Allah, InsyaAllah, kebahagian akan jadi milik kita biarpun saat itu kita menderita.

Ya Allah, jagalah HATI ku agar ia tidak tertipu dengan kebahagiaan yang sementara, peliharalah HATi ku agar aku tidak menyerahkannya kepada seorang yang akan merosakkannya.

No comments:

Post a Comment