Ada orang kata, jika dia boyfriend kita, kita boleh susahkan/minta tolongnya
kerana itu tanda dia sayangkan kita
kerana dia perlu tunjukkan dia menghargai kita
kerana dengan keikhlasannya menolong menunjukkan dia benar-benar ikhlas terhadap kita
kerana itu tandanya kita penting pada dirinya
Tapi, bukankah itu keterlaluan untuk selalu meminta bantuannya atau menyusahkannya hanya kerana 'aku girlfriendnya'
Bagi aku, itu bukanlah ukuran dia sanggup berkorban untuk kita,
Itu juga bukanlah yang menentukan dia benar-benar pentingkan diri kita
_____________________
aku bukan anti pada 'meminta pertolongan' dari boyfriend/kawan lelaki
tetapi bukankah lebih baik kita tidak terlalu 'memanjakan' diri sendiri sehingga menyusahkan orang2 disekeliling kita terutama orang yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kita.
Okay, ini pendapat peribadi yang berkaitan dengan bagaimana aku melihat situasi diri dan situasi orang yang akan disusahkan...
Mungkin ada juga lelaki yang tidak kisah 'disusahkan' oleh orang disayangi tapi ada juga lelaki yang berasa rimas dengan perempuan yang tidak pandai berdikari - okay, ini hakikat yang pernah dinyatakan oleh seseorang kepadaku.
Pada dasar prinsipnya, aku memang jenis yang tak suka menyusahkan orang termasuk ahli keluarga sendiri, jadi setiap kali aku terpaksa meminta bantuan sesiapa aku akan rasa teramat segan. Tetapi kerana keadaan yang terpaksa, adakalanya aku juga perlu berkata 'Awak, saya nak minta tolong sesuatu boleh?'
No comments:
Post a Comment