Tuesday, 31 July 2012

saya sensitif sebab hati saya untuk awak


Tak paham aku dengan dia…

Bila dia yang mulakan, pandai jer nak manis mulut, boleh jer nak bayangkan rasa cemburu, berani nak cakap ‘saya akan take care awak’ tapi bila aku uji dia dengan soalan simple jer tu pun tak nak jawab…siap tak reply sms…

Awak, perempuan ni sensitive tau, mungkin bukan semua perempuan tapi saya…saya admit saya ni sensitive.

Saya sensitive sbb saya sebenarnya dah bukakan hati saya untuk awak… sejak hari first saya kenal awak, saya tahu saya dah sukakan awak… tapi saya tak nak bukakan hati untuk awak selagi saya tak benar2 yakin saya betul2 sukakan awak kerana diri awak sendiri,

bukan kerana awak lelaki pertama yang terang2an tunjukkan yang awak interested pada diri saya,
bukan kerana saya teruja kerana ada lelaki yang tunjukkan minat pada saya
bukan kerana saya terlalu inginkan kehadiran seorang lelaki dlm hidup saya, bercinta, bercouple
tapi
kerana despite everything yang awak ceritakan pasal diri awak, kelebihan dan kekurangan awak, saya boleh terima awak for who you really are…

Saya menafikan perasaan tu… lama… siap frust giler2 bila tetiba kita terputus hubungan selama 2 bulan…sedih sangat sampai saya rasa nak menangis setiap kali teringatkan awak…saya berdoa mohon diberi kekuatan hati…sbb saya nak lupakan awak, saya nak simpan kenangan dengan awak jauh dlm sudut hati saya…tak nak ingat pada awak sampai sakitkan hati saya sendiri…

Tapi bila awak hadir kali kedua selepas saya dah simpan kenangan tu, saya tahu saya harus bukakan hati saya untuk awak…itu sebabnya saya sensitive, sbb saya rasa insecure selagi awak belum confirmkan sama ada awak memiliki perasaan yang sama seperti saya sayangkan awak…

Yang saya perlukan adalah agar awak berterus terang…’awak, saya sukakan awak, dan saya nak awak menjadi isteri yang akan menemani saya for the rest of my life’

No comments:

Post a Comment