Thursday, 16 February 2012

Kesedihan di hujung sangkaan baik

Alangkah sedihnya apabila diri tidak lagi mampu bersangka baik...

Sedih... bagaimana lagi untuk aku memujuk hatiku untuk bersangka baik padanya?
Jika berbagai andaian menginjak-injak benakku...
Jika syaitan melontarkan pelbagai bisikan ke dalam mindaku
Jika jiwaku makin lemah tidak mampu untuk menahan kerinduan
Jika tiada satu pun tanda yang masih membenarkan sangka baikku


Aku tidak mahu
Tapi seringkali fikiranku memutar pelbagai sangkaan

Aku tidak inginkan
namun acapkali fikiranku memainkan agahan buruk

hatiku sering menangis...
memikirkan di manakah garisan pemisah halus itu
yang berkemungkinan aku akan melangkahnya tanpa aku rela

Mampukah aku untuk terus menanggung rasa yang terus-terusan mengasak jiwaku?

Ya Allah, berikan aku kekuatan, jangan kau biarkan aku bersangka buruk pada sesiapa jua
dan bukalah hijab pada hikmah yang tersirat yang aku masih belum mengetahui, kerana aku sangat lemah dan Engkaulah Tuhan yang Maha Mengetahui

No comments:

Post a Comment