Tuesday, 31 July 2012

saya sensitif sebab hati saya untuk awak


Tak paham aku dengan dia…

Bila dia yang mulakan, pandai jer nak manis mulut, boleh jer nak bayangkan rasa cemburu, berani nak cakap ‘saya akan take care awak’ tapi bila aku uji dia dengan soalan simple jer tu pun tak nak jawab…siap tak reply sms…

Awak, perempuan ni sensitive tau, mungkin bukan semua perempuan tapi saya…saya admit saya ni sensitive.

Tuesday, 10 July 2012

Bolehkah awak tolong saya?

Ada orang kata, jika dia boyfriend kita, kita boleh susahkan/minta tolongnya
kerana itu tanda dia sayangkan kita
kerana dia perlu tunjukkan dia menghargai kita
kerana dengan keikhlasannya menolong menunjukkan dia benar-benar ikhlas terhadap kita
kerana itu tandanya kita penting pada dirinya

Tapi, bukankah itu keterlaluan untuk selalu meminta bantuannya atau menyusahkannya hanya kerana 'aku girlfriendnya'

Bagi aku, itu bukanlah ukuran dia sanggup berkorban untuk kita,
Itu juga bukanlah yang menentukan dia benar-benar pentingkan diri kita 
_____________________
aku bukan anti pada 'meminta pertolongan' dari boyfriend/kawan lelaki

Wednesday, 6 June 2012

Frust bila

Apa yang lebih frustrating...

1. bila orang yang kita tunggu lambat tanpa beritahu apa2 sebab atau
2. bila lepas 3 jam menunggu kita dah fed up dan balik, tapi masih berharap dapat jumpa orang tu

______________
disebabkan aku ni jenis yang considerate, aku tak kisah tunggu lama, cuma aku perlukan alasan yang kukuh untuk aku tunggu...tapi ada juga orang yang tak de rasa nak sms atau call bagi tahu yang dia akan lambat


Tuesday, 29 May 2012

I should've known better

I should have known better...

Bukan kali pertama dan surely not the last time, huhu

Memang dah agak dah tapi tetap jugak nak berharap...

____________________________________________

Memang macam tu lah hidup ni
bukan mudah nak berputus asa terhadap satu-satu perkara yang kita sendiri tahu hanya akan

Tuesday, 22 May 2012

Sedih... tapi itu hakikat

Sering saja hati ini terdetik dengan rasa sedih dan pengharapan setiap kali melihat gambar-gambar perkahwinan rakan-rakan, lantas hati bertanya 'bilakah akan tiba saatnya?'

Bila melihat gambar2 perkahwinan, seperti ada sembilu yang menusuk tangkai jantung, ngilu rasanya... rasa mahu menangis pun ada.



Saturday, 19 May 2012

Persepsi untuk ukur serasi ke tak...

Semalam tengok satu rancangan cari jodoh dari China kat NTV7, huhu macam2 hal...

tak kisah lah semua tu, tapi satu hal yang aku dapat dari situ ialah... pasal keserasian sikap dan pemikiran... mungkin juga ia tak begitu penting, tapirasanya ia adalah sesuatu yang penting bila dah berumah tangga... betulkah?

Logiknya, bila kita bekerja dalam satu ofis, kalau kita serasi dan 'satu kepala' dengan seorang kawan tu, kita akan lebih selesa bekerjasama dengannya berbanding dengan orang yang tak 'sekepala' yang pendiam, betul kan?

So, realitinya, keserasian sikap dan pemikiran tu amat penting untuk komunikasi yang merupakan antara tunggak penting dalam sesebuah perhubungan, right?


Saturday, 12 May 2012

Menanti masanya

tetiba rasa sedih jer
kenapa agaknya?



__________________________________________________

semalam, dok layan fb, jumpa satu update dari koleksi printscreen Ustaz Azhar Idrus, soalannya ialah berkaitan mimpi orang melamar.


Wednesday, 18 April 2012

Tiada yang pasti...

Ya Allah, aku memohon padaMu
jika dia adalah jodoh yang telah Kau aturkan untukku, tautkanlah hatiku dengan hatinya agar kami saling mengasihi dan menyayangi hanya keranaMu,
tambahkan rasa kasih dan sayang dalam hati kami namun jangan sampai kasih dan sayang itu memesongkan kami dari kecintaanMu

Tuesday, 17 April 2012

Tetaplah yakin wahai diri

Di saat kita tidak mampu untuk memahami kenapa sesuatu perkara itu terjadi, yakinlah Allah mengaturkan yang terbaik untuk diri kita...

Tetaplah keyakinan pada Allah yang maha mengetahui perkara ghaib dan tetaplah bersangka baik pada Allah andai sampai satu masa kita tidak lagi mampu untuk berbaik sangka pada manusia. Kerana, benarlah hanya Allah yang memiliki pengetahuan disebalik aturanNya dan kita tidak mampu melihat disebalik hijab hikmah yang tersembunyi dan segalanya adalah yang terbaik buat kita.


Tuesday, 3 April 2012

Ada apa dengan HATI

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud
Sesugguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluruh tubuhnya dan ketahuilah bahawa ia adalah HATI”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ada apa dengan HATI? ----

Setiap apa yang Allah aturkan pastilah ada hikmah yang tersirat disebaliknya. Cuma kita tidak mempunyai pengetahuan mengenainya melainkan Allah lah yang maha Mengetahui setiap perkara yang ghaib dan tersembunyi.

Setelah sekian lama aku cuba sedaya upaya memujuk dan menenangkan hati yang berkocak dan bergolak dengan pelbagai perasaan- sedih, luka, terkilan, geram dan lain-lain- hatiku bergelora kembali.

Monday, 5 March 2012

Bukan siapa dia tetapi bagaimana aku

Soal jodoh bukanlah SIAPA DIA tetapi BAGAIMANA AKU

Lama aku fikir mengenai ayat ni...

Berapa ramai yang setuju dengan kenyataan ni?

Setelah lama aku fikir dan teliti balik memang betul pun soal jodoh ni bukanlah soal SIAPA DIA...

Friday, 2 March 2012

JARAK yang menyelamatkan

Pagi tadi macam biasa masuk opis, first sekali on computer pastu log in fb.
Antara update yang menarik perhatian aku ialah... mengenai JARAK

JARAK apa ye??

Masa aku baca tajuk - sayangnya aku dah tak ingat tajuknye, huhu- perkara pertama yang terlintas di fikiran aku adalah, 'itulah sangkaan baik aku terhadap apa yang tersirat disebalik apa yang terjadi antara aku dan dia'. Aku tak pernah lupa akan sangkaan baik itu, cuma... semakin lama semakin sukar untuk aku meyakinkan diri aku sendiri...



Thursday, 23 February 2012

Give me strength...

Aku mohon kekuatan Ya Allah...

Love can be so complicated...

I want to define the 'love' in a broad context, not in the so-called 'universal understanding' -love between a woman and a man.

But still, two people -man and woman- met and became friends, the love between them is too complicated to define just as a friendship.

That is what I'm feeling.

Monday, 20 February 2012

Stress2 jugak... tapi

Tensionnye... stress aku... arghhh, geramnya!

Dah biasa sangat tension2 ni, kan?
Pelbagai perkara yang buat kita tension, geram, stress samapi kadang rasa cam nak menangis dan maybe menangis nak-nak (sampai puas!)

Namun, berapa ramai dari kita sebenarnya boleh dan mahu mencari kebahagian dalam even the smallest thing yang kita alami...

Thursday, 16 February 2012

Kesedihan di hujung sangkaan baik

Alangkah sedihnya apabila diri tidak lagi mampu bersangka baik...

Sedih... bagaimana lagi untuk aku memujuk hatiku untuk bersangka baik padanya?
Jika berbagai andaian menginjak-injak benakku...
Jika syaitan melontarkan pelbagai bisikan ke dalam mindaku
Jika jiwaku makin lemah tidak mampu untuk menahan kerinduan
Jika tiada satu pun tanda yang masih membenarkan sangka baikku


Saturday, 11 February 2012

Aku dan egoku... dia?

Seorang sahabat kata, 'hang pun ego jugak...' bila kitorang berbual mengenai satu perkara yang agak mengganggu fikiran aku.

Kata-kata tu buat aku tersedar... selama ni, mungkin aku tak pernah tunjukkan yang aku ambil berat sebenarnya... mungkin juga perbuatan dan kata-kata tidak cukup untuk menzahirkan bahawa aku mengambil berat...atau aku sememangnya ego untuk menunjukkan yang aku sentiasa peduli...
I care but maybe it's not showed by my action...


Cinta plastik...

LAyan lagu ni... sedap dan berpengajaran
Hayati baik-baik apa itu cinta plastik... sebab cinta itu sendiri adalah suci. Kesucian cinta tu hilang bila manusia yang bercinta itu yang tidak pandai menjaga kesuciannya.

Tuesday, 7 February 2012

Soalan yang sentiasa mengejar

“Dah ada boipren?”

“Bila nak kahwin?”

Mana-mana jer, soalan ni sering ditanya pada aku. Biasa la kan kalu dah umur 20-an, memang dah layak sangat untuk kahwin. Tapi soalan ni tetap tak digemari oleh ramai wanita single yang dah capai umur 25-an, termasuk aku.


Single dan available.

Saturday, 4 February 2012

Ungkapkan jawapan bagiku

Persoalannya...
adakah aku masih ada tempat dalam hatinya seperti yang pernah diungkapkan kepadaku?
adakah dia masih ada masa untukku sepertimana yang pernah dinyatakan padaku?
adakah aku masih lagi memegang status sebagai sahabatnya sebagaimana yang pernah dikhabarkan kepadaku?


Tuesday, 24 January 2012

keterbukaan dalam pemikiran

Aku kagum akan banyak perkara mengenai seorang sahabatku... aku hormati cara dia berfikir, pendirian dan pandangannya tentang hidup, objektif hidup, kerjaya, masa depan, famili... pendek kata semuanya... keterbukaan dan ketenangannya... semua itu membuat aku kagum.

Namun, itu bukan bermakna aku setuju pada semua benda yang diutarakan dan dihujahkan kepada aku... kadang-kadang aku ingin argue point nya, tapi kerana sikap aku yang agak pasif membuatkan aku lebih banyak mendengar dan berfikir kepada diri sendiri... mengambil apa yang baik dan menjadikan sempadan apa yang kurang...

Monday, 23 January 2012

kerana niatku cuma satu...

Akhirnya aku telah memberi tahu dia... bahawa
Aku takut tidak mampu menjaga diriku
Aku ingin terus menjaga diriku... aku ingin kembali berubah...
Aku ingin dia faham, keluar bersama berdua-duaan tidak membawa kepada apa2 kebaikan melainkan kemaksiatan dan dosa
Aku tidak mahu dia terus hanyut... aku juga tidak mahu ikut hanyut dalam 'permainan cinta'
Jika dia dapat menerimanya... aku berharap dia bersedia berubah menjadi seorang lelaki yang lebih baik


Monday, 16 January 2012

kenapa sukar untuk berubah?

Kehadapan sahabatku xxxx,

Mesti awak pelik kenapa tetiba dapat surat dari saya...

Tujuan surat ini adalah untuk meluahkan rasa hati saya... hehe, x de lah... saya cuma nak bagitau beberapa perkara yang x berkesempatan untuk saya nyatakan.. saya ni jenis yang suka fikir dan atur ayat bila saya nak cakap something, coz saya x suka buat org terasa dengan saya, sbb tu kengkadang memang x terluahkan apa yang saya nak cakap, alih2 saya diam jer... itu sebabnya saya sometimes suka guna tulisan. Lg satu dlm sms terhad juga apa yang boleh ditaipkan...

Tuesday, 10 January 2012

Perempuan ajak lelaki kahwin

Perempuan ajak lelaki kahwin

Apa pendapat anda dengan kenyataan di atas? Boleh ke x?
Jawapan... depends pada anda..

Sirah nabi menyaksikan Saidatina Khadijah 'meminang' nabi, jadi x de hal la...

Bila diutarakan pernyataan ini tadi aku teringat satu peristiwa di mana seorang junior aku pernah minta aku dan seorang kawan untuk menjadi orang tengah untuk meluahkan perasaannya kepada seorang muslimin... jadi x timbul perihal perigi mencari timba.